Saturday 14 February 2009

Resepi=Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese
( Hidangan-6 orang )

Bahan-bahan

* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu(Tapi kalu terbeli susu strawberry,jangan panik,still bole wat=P)
* 1 labu bawang besar Holland(aku pakai bawang besar je) – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil
* 2 batang celery – didadu kecil
* 1 tin cendawan butang – dihiris (optional-aku terlupa nak beli)
* 1 kiub stok daging lembu (optional-aku xletak sebab xsuke pakai stok)
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs(kat giant,macam2 herba ade,dalam botol kecil,tapi yang aku jumpa
Italian Mixed Herbs)
* Sedikit garam
* keju parmesan(untuk menghidang)
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau xde,boleh pakai minyak masak biasa)
* 2 sudu besar butter
* NOTA : Semua bahan bernota optional-boleh ditambah ikut citarasa,xnak pun xpe.

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan.Dan letakkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) semasa mengetos spaghetti dan gaul rata, agar pasta tak melekat dan bergumpal


Sos Bolognese :
1. Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
2. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya sekata. Goreng hingga daging keperangan.
3. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
4. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
5. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam.
6. NOTA : Jika guna kiub,tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos.kalau kurang dari segi rase,pandaila tambah garam dan gula.
7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
9. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Aku cuma renih 1 jam, sos jadi pekat . Dan yang penting, rasanya trully Italian!

~selamat mencuba~



kredit kepada my resepi

17 comments:

Firol said...

dah macam afc channel la kawan..

messyremo said...

++Firol
dulu cita2 nak jadi chef..tapi sesat kat bidang math..haha

farah, s. said...

suke memasak ea? hehe

messyremo said...

++Farah Aminuddin
agak suke memasak..hehe
tapi kalau free jela..selalunye mak la yang masak...hehe

Anonymous said...

nak..bole?
mknan ni ssuai utk org yg tgh demam.. =p

messyremo said...

++nAd.dOt
buleh...
tp bkn bru pas mkn ke..hehe

Anonymous said...

tu lain..
ni nk yg dari air tgn messyremo sendiri..
=p

messyremo said...

++nAd.dOt
nak air tgn ek..nnt akanku simpan air basuhan tgn..ekekeke=P

scOotBerry said...

hmm..
byk betOl bahan yg nk kne gune..
mls nk buat..
tunggu kamu buat untuk nad..
nnt bOle tumpang sekaki..
kan nad kan..
hehe~

messyremo said...

++intan.dayana
kamu ni jgn malas2...kamu kan perempuan=P

Anonymous said...

abestu bile leh rase remo pnye klu kene wat sndiri? =p

messyremo said...

pesanan tu utk intan.dayana SAHAJA...=P
excluding nAd.dOt for the first time..pastu kne wat sendiri jugak..hehe

Anonymous said...

yeay dberi kelonggaran~!
tp utk kali kedua ketige keempat keseratus due puluh lime pon ape salahnye.. =p

scOotBerry said...

heh..
x aci btOl!!!
blaku discriminasi d sini...
akan ku repOrt pada pihak yg berkenaan..
nad pOn pOmpuan jugakkkk...
mane aci kalO dea mls...
huwaaaa~

messyremo said...

++nAd.dOt
nak roti hotdog...nakkkkkkkk...hehe



++intan.dayana
repotla...hehe
nad special case,tp utk 1st time je...
pastu suh die buat tau...haha

Anonymous said...

mane aci..klu syg x yah suruh wat tau..wakakakkaka..
roti hotdog? ok2 nnti org belikan..A&W pon ade aritu..=p

scOotBerry said...

hahaha~
yela2...
mentang2 syg menyayang...
cesssss....
akan ku cri boipren secepat mungkin..
nnt kan ye..hihi~

Blog Widget by LinkWithin