Thursday 17 September 2009

kuih-kuih pelik di hari lebaran

Boleh di katakan semua blog yang aku masuk mesti cakap pasal raya...
kat facebook pun belambak2 orang antar kad raya,duit raya,rendang raya...
tak di lupakan kuih raya...

tapi aku tertarik dengan nama-nama pelik kuih raya..
bagi aku pelik,mungkin tidak bagi korang..
sebab aku tak pernah dengar,makan mungkin..
tapi tak tau la kot diorang buat penjenamaan semula kuih raya kan?

antara nama-nama kuih yang pelik...

mambo afrika(buatan mamat afrika sambil membuat tarian mambo no. 5)

Sardinian Tart(tart yang ade sardin mungkin..hehe)

Riz-Q(buatan penyanyi bernama Riz kot)


kuih raya apa yang korang suka makan time raya?
aku suka giler makan kuih tiram buatan pekan rabu...
dah ler kecik-kecik,comel,tak berminyak plak tu...
perghh...setakat sebungkus tu aku bole makan sorang jer...
sedap giler..tapi tahun ni aku tak balik kuale kangsar..
so memang tak dapat merasa la kuih tiram pekan rabu..
dapat tengok gambar pun jadi laa..hehe


Sunday 6 September 2009

siri :Belajar Bahasa Perak Bahagian 1

untuk SIRI 0~~Klik SINI

libang libu
= perasaan resah gelisah,runsing
contoh ayat:
Mak Limah libang libu memikirkan keadaan anaknya yang tidak mahu kahwin.


senten = singkat@lipat(ayat ni di guna pada seluar@kain)
contoh ayat:
Ate kamu jangan lupe senten dulu seluar tu sebelum ke bendang, pesan cik timah kepada anaknya


cengei = Garang
contoh ayat:
eh nape mak kome cengai semacam jer, tanya mat kepada abu



Meroloh = Tidor
contoh ayat:
ape ke he dengan mamat tu,asal lepas berbuka mesti nak meroloh..


Gebor = selimut
contoh ayat:
sebelum kome tido nanti jangan lupe amik gebor dalam almari tu..


thoroyak = menangis
dedor = demam
cik cibor = pepatung
Bolen = Bertelanjang Bulat
toben = tua bangka


..mulai hari ni aku kene rehat dari mengemaskini blog..
..minggu depan ada ujian yang perlu ku tempuh sebelum cuti raya..



Wednesday 2 September 2009

siri :Belajar Bahasa Perak Bahagian 0

Disebabkan tahun depan aku akan berpindah ke kuala kangsar..
jika tiada sebarang pindaan rancangan..
tertakluk pada terma dan syarat bos besar a.k.a ayah aku
jadi elokla aku bukak kamus dialek negeri Perak..
bak kata orang masuk kandang kucing,mengucen..
masuk kandang rimau,mengaum...haha

mari kita belajar bahasa kuale kangsor ye..
Dialek Perak asli ialah dialek Kuala Kangsar...hehe
tapi tak tahu la kot ade yang pure lagi..
kalau salah tolong betulkan aku
aku selalu blur kalau berborak dengan tok sedara,pakcik2 dan makcik2 aku..
bahasa sangat pekat...
buat permulaan..
mari kita belajar dialek perak yang asas dahulu..

ayat paling banyak di sebut >> ate = hatta

Contohnya:
Ate, ngape kamu idak ke lembah? sila bace dengan intonasi dialek kuale..

(Hatta, mengapa kamu tidak ke lembah(sebuah tempat di pinggir sungai bandar kuale kangsar)?

Kata ganti diri pertama:

Saya disebut teman/keme

Kamu disebut mike/ kome

Contohnya:

1. acekeme mike buat macamni
cuba@macamana kalau kamu buat macamni

2. kome udah mandi?
Kamu sudah mandi?



sekian pembelajaran kita untuk hari ini..
tengahari ni aku ade exam..
petang nanti aku melawat blog korang yek..


Blog Widget by LinkWithin